Pertama sekali ustazah nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua pengunjung blog "Mari Belajar Akhlak" yang sudi melihat dan belajar di sini tak kira siapa terutamanya sekali anak-anak murid ustazah yang ustazah sayang dan kasihi semua. Diharap dengan wujudnya blog yang ustazah cipta ni dapat mengisi masa lapang kamu semua..dah habis cuti sekolah kan..jadi bila mula buka sekolah ni ustazah harap anak-anak murid ustazah kembali bersemangat nak pergi sekolah..tapi bukan dekat sekolah je belajar tau, dekat rumah pun kena belajar juga..sebab selagi kehidupan kita dinamakan sebagai seorang murid atau pelajar kita mesti bersemangat nak menuntut ilmu tak kira bila dan dimana sahaja kamu berada, kan ada pepatah kata "Tuntutlah Ilmu Sehingga Ke Negeri China" jadi sambil-sambil tu jomla belajar kat sini ye :)
Dalam blog ni ustazah akan khususkan untuk matapelajaran akhlak tahun 2, jadi apa yang dah ustazah ajar dan akan ajar harap kamu semua dapat memberikan respon di ruangan komen, kalau ada siapa yang tak faham ke, nak tanya soalan ke, bagi pendapat atau pun lain-lain bolehla komen kat blog ustazah ni ye :)
Untuk kali ini sampai disini saje yang dapat ustazah update..apa-apapun nanti ustazah akan update lagi untuk tajuk-tajuk berikutnya..hopefully enjoy your learning!! Thank you very muchh!!!! All the best!! Selamat Kembali Ke Sekolah..Selamat Belajar Semua.....Love You All....:))
Opssss lupa lak kat bawah ni anak-anak murid ustazah boleh rujuk balik senarai syllabus matapelajaran akhlak yang kamu semua akan belajar ye..ok keep it up :))
ISI KANDUNGAN :
PELAJARAN PERTAMA : ADAB MAKAN & MINUM
PELAJARAN KEDUA : ADAB TIDUR
PELAJARAN KETIGA : ADAB KENDERAAN
PELAJARAN KEEMPAT : ADAB DI MASJID
PELAJARAN KELIMA : ADAB BELAJAR
PELAJARAN KEENAM : ADAB DENGAN MASHAF AL-QURAN
PELAJARAN KETUJUH : ADAB MEMELIHARA HARTA BENDA
AWAM
AWAM
No comments:
Post a Comment